24 November 2011

Awas! Wanita diperhatikan oleh lelaki semasa..

Salam and hi

korang nak tahu kenapa lelaki suka perhati setiap pergerakan kita. bek uoll baca perbuatan perbuatan wanita yang gemar diperhati oleh kaum Adam di luar sana. tapi tak tahu kesasihannya. sebab aku terbaca artikel dari sebuah majalah. so, kalau yang tak puas hati. sorry k

  1. mencium kanak kanak. perbuatan ini memberi gambaran kepada lelaki bahawa wanita itu memiliki sifat keibuan yang murni dan kasih sayang yang mendalam terhadap kanak kanak. malah wanita ini tidak suka penderaan dan penderitaan berlaku kepada kanak kanak. wanita ini sebenarnya sangat romantis dan suka melakukan aksi yang romantis dan hangat terhadap pasangannya.
  2. memeluk bantal. perbuatan ini menggambarkan wanita tersebut suka apabila ada orang yang menghangatkan perasaannya, suka orang yang menyayanginya dan melindungi dirinya. tergambar kemanjaan dan suka merajuk tetapi mudah dipujuk sekiranya bijak memujuk dan mengambil hati.
  3. menggoyangkan kaki. pergerakan tubuh juga dapat memberi gambaran sifat seseorang. wanita yang menggoyangkan kaki menunjukkan sifat periang, cergas dan menggemari hiburan. tetapi jangan perlekehkan wanita ini kerana dia tegas apabila berhadapan tentang hak.
  4. mendepakan tangan. perlakuan ini ada sedikit unsur seks kerana dikatakan wanita tersebut membuka bahagian dadanya (bukan mendedahkan) yang mempunyai maksud lain menunjukkan dia bersedia untuk didekati seseorang lelaki.
  5. menjilat bibir. ada kalanya wanita menjilat bibir kerana bibirnya kering dan ingin membasahkannya. dalam tanggapan lain mengatakan wanita tersebut ingin menggoda pasangannya.
  6. mengulum ais krim. kadang kala wanita tidak perasan semasa dia mengulum ais krim di hadapan orang lain dan lelaki mula membuat tanggapan berkaitan dengan aksi seks, iaitu oral seks. elakkan daripada mengulum ais krim di hadapan orang lain bimbang lebih banyak tanggapan tidak baik timbul.
  7. menghisap rokok. menggambarkan pembaziran yang suka dilakukan oleh wanita tersebut selain kekasaran yang mereka miliki dan tidak suka dikongkong.
fiuhhhh. lemah gemalai tangan aku menaip okay. conclusionnya, jaga adab masing masing.

aku pun salah seorang yang sering membuat pergerakan seperti di atas. Insyaallah, aku nak ubah. kadang kadang kalau aku nak makan ais krim, memang keluar perangai menjilat sampai tak hingat dunia. euu. kalau diingat dan baca artikel ni. urgghhh. rasa menyesal yang teramat. tah apa apa tanggapan orang kat aku. 



anyway, pandai pandai jaga diri wahai kaum hawa (termasuk aku)


Salam :)

Lembaran hidup wanita solehah

Salam dan hi 

mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
hartanya diperjuang ke jalan fisabilillah
penawar hati kekasih Allah
susah dan senang rela bersama


dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?
isteri Rasulullah yang bijak
pendorong kesusahan dan penderitaan
tiada sukar untuk dilaksanakan


mengalir air mataku
melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
akur dalam setiap perintah
taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
tiada memiliki harta dunia
layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga


ketika aku marah
inginku intip serpihan sabar
dari catatan hidup Siti Sarah


tabah jiwaku 
setabah umi Nabi Ismail
menggendong bayinya yang masih merah
mencari air penghilang dahaga
di terik padang pasir merak
ditinggalkan suami akur tanpa bantah
pengharapannya hanya pada Allah
itulah wanita Siti Hajar


mampukah aku menjadi wanita solehah?
mati dalam keunggulan iman

bersinar indah, harum tersebar
bagai wanginya pusara Masyitah .. 






mampukah aku? its depend on yourself :)


Renung renungkan 


SALAM

Mengenali personaliti diri melalui warna

Salam dan hi

ehem. kali aku nak bercerita pasal personaliti seseorang melalui favourite colour. kalau aku suka colourrrr.. aku tak ada favourite colour. so, kira semua gambaran yang baik baik kat penjelasan setiap warna tu ada kat aku. yang baik je okay (perasaan) okay. aku suka colour MERAH

Now, silalah membaca. Membaca amalan mulia

Warna Putih
Ha. putih itu suci. warna putih juga terbahagi kepada beberapa pecahan atau kategorinya, ada yang suka putih susu, putih salji, putih krim, putih kapas, putih awan dan sebagainya. Walau apapun warna putih kegemaran si dia, dia merupakan seorang yang berfikiran positif dan optimistik. Mereka juga berkebolehan dalam menyeimbangkan kehidupan seharian mereka, antara kerja dan peribadi. Sikap negatif yang dimiliki oleh si peminat warna putih ialah mereka gemar mengasingkan diri dari orang ramai. Hal ini kerana mereka berpendapat bercampur dengan orang ramai, akan menyebabkan mereka bosan dan rasa tidak selesa.
Warna Kuning
Si peminat warna kuning merupakan seorang yang menarik dan penuh aspirasi. Mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan mereka boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Namun negatifnya, mereka amat mudah berputus asa, apabila sesuatu perkara itu tidak dapat diselesaikan. Jika hal ini merunsingkan, hidulah lemon kerana aroma dan warnanya akan melepaskan si peminat warna kuning dari tekanan kerja tersebut.

Warna Oren
Jarang sekali kita dengar ada seseorang yang sukakan warna ini. Tetapi, pastinya ada segelintir dari pasangan kita yang sukakan warna ini. Penggemar warna oren merupakan seorang yang kreatif, sukakan persaingan, aktif dan praktikal dalam melakukan sesuatu. Si penggemar warna oren, merupakan seorang yang suka bersaing dengan sesiapa sahaja. Bagi mereka persaingan secara sihat ini boleh mencabar minda dan menambah pengalaman mereka. Adakalanya juga, mereka kurang memberikan perhatian kepada perkara yang tidak suka dilakukan atau diarah oleh orang lain.
Warna Merah
Warna ini sering dikaitkan dengan sikap yang garang dan tegas, juga berani. Si peminat warna merah adalah individu yang bermotivasi dan mengamalkan gaya hidup ang aktif. Si merah juga digambarkan sebagai individu yang berkebolehan sebagai seorang pemimpin. Erm. memang benarlah si peminat warna ini seorang yang panas baran dan mudah naik angin. Jadi, jangan la anda sengaja nak buat mereka marah, anda sendiri yang akan dapat padahnya.


Warna Hijau
Mereka yang meminati warna ini merupakan seorang yang berperikemanusiaan dan amat prihatin. Biasanya apabila mereka mempunyai masalah, mereka akan merujuk kepada alam sekeliling bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan mereka. Awas, mereka yang meminati warna hijau ini adakalanya tidak boleh dipercayai, biarpun mereka bersikap berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara.



Warna Ungu 
Mmm. warna ungu memang cantik. Jika pasangan anda meminati warna ini, mereka sebenarnya seorang yang agak sensitif dan berdaya aspirasi yang tinggi. Pengaruh warna ungu kepada si pemiliknya menggambarkan sikap yang kasar, tidak sabar, dan gemar memarahi orang lain. Itulah antara sifat yang tidak boleh dielakkan oleh mereka. Jadi, si penggemar ungu, belajar-belajar la supaya sentiasa relaks dan positif apabila berhadapan dengan kerja dan rakan-rakan yang lain. Jangan asyik nak marah je, nanti orang pun tak
suka dan pulaukan kita, ha macam mana?


Warna Coklat
Erm. mungkin tidak ramai yang sukakan warna ini. tapi mungkin ramai yang suka makan cokelat. Jika pasangan anda antara golongan yang meminati warna ini, tahniah kerana pasangan anda seorang yang jujur, tidak suka meninggi diri dan gemarkan gaya hidup yang amat sederhana, biarpun mereka boleh dikategorikan ‘anak orang kaya’. Tapi status pada
mereka tidak penting dan mereka amat menghargai sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka, termasuk anda. Tapi awas, mereka tidak suka berhadapan dengan kenyataan? La. kenapa jadi macam tu? Penggemar warna ini akan acapkali lari dari kenyataan, biarpun hanya perkara yang remeh.


Warna Biru 
Erm. mesti ramai yang sukakan laut atau awan kerana kedua-dua kejadian semulajadi alam ini, berwarna biru. Bila lihat laut dan awan yang membiru, pastinya kita akan merasa
tenang. Jika pasangan anda meminati warna biru, mereka merupakan seorang yang bijak dan berperanan besar dalam menentukan hala tuju kehidupannya. Mereka juga dilabelkan sebagai tempat rujukan bagi sesiapa yang bermasalah. Si biru berkebolehan menjadi pemimpin kerana bijak mengatur strategi. Tetapi, adakalanya si biru akan bertindak melampaui batas untuk mencapai sesuatu yang diingini.


Warna Hitam
Si pemilik warna hitam, merupakan seorang yang tegas, kuat, berdisiplin dan tidak suka dikongkong. Cubalah kongkong pasangan anda yang gemarkan warna ini, pastinya akan berlaku pemberontakan yang tidak disangka-sangka. Walau bagaimanapun, apa yang anda perlu tahu tentang si penggemar hitam ialah, mereka kurang berkeyakinan dan adakalanya
memerlukan sokongan atau bantuan dari orang lain.
Warna-warna yang perlu dielakkan.
 

Elakkan warna hijau jika anda berada dalam keadaan yang keliru dalam apa jua perkara. Ini kerana hijau boleh mempengaruhi fikiran anda sehingga anda sukar membuat pilihan atau keputusan. Sebaliknya pilihlah warna putih apabila anda berasa keliru. Tetapi jika anda berasa kurang bersemangat, elakkan warna putih, kerana putih akan menyebabkan anda
lebih bosan dalam melakukan sesuatu perkara.


Erm. anda sering merasa gundah gulana? Tipsnya mudah sahaja, apabila anda dihantui perasaan ini, elakkan warna merah kerana merah menjadikan anda agresif sehingga mungkin akan melakukan perkara-perkara yang negatif. Bagi mereka yang ingin ‘enjoy’ bersama rakan-rakan, elakkan memakai pakaian yang berwarna hitam kerana anda tidak akan dapat merasai keseronokan bersama rakan-rakan anda. 

credit :  BLOG

aku ambik dari blog tersebut. sekali lagi aku ambik entry orang. apa salahnya? tak ada keja, cari keja :)

adakah anda semua sudah mengetahui personaliti diri sendiri?

SALAM

Perangai perempuan yang disukai lelaki (Part 2)

Salam dan hello!

PEREMPUAN BERTUDUNG:
Lelaki memang mengidamkan seorang perempuan yang mempunyai ciri-ciri wanita timur dan penuh tertib. Kadang-kadang ada segelintir lelaki yang lebih menyukai perempuan bertudung berbanding perempuan ‘freehair’. Mungkin, hati sejuk memandang perempuan bertudung ini. Sungguh ayu! 

PEREMPUAN BERAMBUT PANJANG:
Ada sesetengah lelaki yang terpikat dengan perempuan berambut panjang – ikal mayang mengurai. Saya rasa ramai yang suka melihat perempuan berambut hitam dan panjang. Kelihatan begitu klasik dan cantik. Namun, ada juga yang menyukai perempuan berambut pendek. Tapi, rambut panjang mengurai lebih menarik dan menjadi pilihan ramai lelaki di luar sana

WAJAH SELEPAS BANGUN TIDUR:
Agak pelik dan aneh namun memang benar, lelaki suka melihat wajah kekasih mereka selepas bangun tidur. Kata mereka, kekasih kelihatan begitu cantik tanpa sebarang ‘make-up’ selepas bangun tidur. Sebenarnya, wajah selepas bangun tidur merupakan wajah sebenar seseorang perempuan. Kelihatan begitu ‘natural’

MENGUAP:
HAHA jangan terkejut kalau si lelaki menyukai si perempuan dan memandang si perempuan tanpa jemu sewaktu si perempuan menguap. Tapi bukan menguap dengan mulut ternganga besar ye. Kaum lelaki memang suka melihat perempuan menguap dengan manja sambil menutup mulutnya. Mungkin kelihatan comel di mata lelaki.  Ditambah pula dengan wajah yang agak letih, menampakkan lagi kecomelan si perempuan

BAJU BABY-T:
Lelaki akan terpegun melihat kekasih yang mengenakan baju ‘baby-T’. Walaupun baju tersebut kelihatan sendat dan mungkin seksi namun ternyata lelaki memang seronok dan gembira melihat kekasih berpakaian sedemikian

LELAKI SUKA MENDENGAR PEREMPUAN MERENGEK:
Manja! Itulah perkataan yang sesuai digambarkan apabila si perempuan merengek. Tapi jangan keterlaluan, nanti si lelaki akan berasa jemu dan meluat mendengar rengekan anda

BAU BADAN PEREMPUAN:
Percaya atau tidak, perempuan mempunyai bau badan yang tersendiri dan bau tersebut sememangnya disukai lelaki. Malah, ‘perfume’ yang dipakai perempuan sejak tiga hari yang lepas akan tetap menjadi igauan si lelaki. Lelaki akan merindui bau dan haruman si perempuan dan mungkin sampai termimpi-mimpi

AIR MATA:
Air mata merupakan senjata paling berkesan untuk ‘menumpaskan’ ego lelaki. Tapi awas, ada sesetengah lelaki yang benci melihat perempuan menangis. Jadi jangan terlalu kerap menangis, nanti takut ditinggalkan lelaki

JELINGAN:
Jelingan dan merajuk memang tidak dapat dipisahkan. Lelaki akan terpikat tatkala melihat jelingan manja bercampur marah. Tapi, jangan pula merajuk setiap masa. Boleh bikin pening kepala si lelaki

kredit : cik adaazm


okay. cukup lah aku copy paste entry orang. huhhh. sungguh aku rasa sangat berdosa dan bersalah. akak, saya ambik artikel akak tau. jangan marah

kbye. salam :)

Perangai perempuan yang disukai lelaki (Part 1)

Salam and hi

Kaum perempuan mempunyai senjata yang mampu menarik perhatian si lelaki. Percaya atau tidak, terdapat beberapa gelagat atau perkara yang mungkin difikirkan buruk dan ganjil bagi perempuan namun hakikatnya, perkara tersebut sememangnya disukai lelaki 
 
LELAKI SUKA PEREMPUAN YANG BERBAJU KURUNG:
Mungkin perempuan di luar sana beranggapan bahawa lelaki akan mudah terpikat dan cair dengan mereka apabila mereka berpakaian seksi dan mengghairahkan. Namun, siapa sangka, kaum lelaki lebih suka melihat perempuan yang berbaju kurung dan kelihatan sopan di mata. Tidak perlu mengenakan skirt pendek atau baju seksi yang mendedahkan bahagian dada kerana lelaki akan memilih perempuan yang tahu menjaga adab dan maruah untuk dijadikan sebagai calon isteri. Namun, ada juga segelintir kaum lelaki yang menyukai perempuan seksi. Bergantung kepada cita rasa sendiri

LELAKI SUKA PEREMPUAN MANJA:
Semua sudah sedia maklum bahawa lelaki lebih menyukai perempuan yang bersifat manja dan sedikit kebudak-budakan. Tapi, lelaki mudah menjadi rimas dan menyampah melihat perempuan yang sengaja menjadi manja di hadapan lelaki. Dalam erti kata lain, cubalah menjadi manja secara semula jadi dan tidak perlu manja keterlaluan kerana lelaki mungkin akan meluat melihat perangai anda yang ‘over’

PEREMPUAN DAN BAJU SENDAT:
Percaya atau tidak, kaum perempuan yang gemar mengenakan kemeja longgar bersama jean kelihatan begitu mengiurkan. Siapa cakap lelaki hanya akan terpikat dengan perempuan yang berpakaian sendat sahaja? Salah. Sebenarnya perempuan yang memakai kemeja kelihatan cukup seksi di mata lelaki. Jadi, jangan sangka sekiranya anda memakai kemeja putih, lelaki tidak akan terpikat dengan anda. Baju yang longgar dan dipadankan dengan ‘skinny’ jean sememangnya kelihatan cukup seksi

TANGAN, JARI DAN KUKU:
Lelaki suka melihat jari perempuan yang runcing. Bertuah sungguh bagi sesiapa yang mempunyai jari yang runcing (jari DA gemuk!). Sebenarnya, kaum perempuan hanya perlu berada dalam keadaan ‘natural’. Senang cerita, perempuan tidak perlu menggunakan pengilat atau pewarna kuku untuk menarik perhatian kaum lelaki. Hal ini kerana, warna semula jadi kuku yang kemerah-merahan dan kemas sentiasa berjaya menarik minat lelaki. Besar kemungkinan, lelaki terasa seperti mahu menggenggam tangan anda tatkala melihat jari dan kuku yang cantik.

LELAKI SUKA MELIHAT BETIS PEREMPUAN:
Maksud DA, kaum perempuan tidak perlu menunjukkan betis mereka dengan berpakaian singkat semata-mata ingin memancing minat lelaki. Ada ketika kaum perempuan terpaksa menunjukkan bentuk betis seperti sewaktu ingin meredah hujan atau sewaktu ingin menyarung kasut. Lelaki mudah terpikat dengan bentuk betis yang menawan. Jadi, tidak perlu mengenakan skirt sendat dan singkat kerana lelaki mungkin akan menumpukan perhatiannya terhadap betis anda sewaktu anda berbual dengannya

GELAK DAN KETAWA PEREMPUAN:
Ketawa perempuan memang diakui mampu membuatkan lelaki terpesona dan terpikat. Cukup sekadar ketawa manja sewaktu si lelaki membuat lawak. Percayalah, si lelaki akan berasa bahagia mendengar ketawa manja anda itu

LELAKI SUKA PEREMPUAN YANG BERSIFAT KEIBUAN:
Lelaki akan mencari calon isteri yang mempunyai sifat keibuan. Hal ini kerana perempuan jenis ini sememangnya terbukti dapat menjadi ibu yang baik kepada anak-anaknya. Oleh itu, jangan pelik sekiranya si lelaki memandang anda dengan penuh makna sewaktu anda melayan perangai kanak-kanak kecil

CUBITAN PEREMPUAN:
Lelaki suka apabila dia bergurau dan berjaya membuatkan anda ketawa mendengar lawaknya itu. Malah, lelaki akan lebih tertarik sewaktu anda mencubit manja tatkala mendengar lawaknya. Walaupun sakit gara-gara cubitan anda itu namun lelaki memang suka menerima cubitan itu

LELAKI SUKA MELIHAT PEREMPUAN MAKAN:
Jangan malu dan segan sekiranya si lelaki memandang anda dengan penuh makna sewaktu anda mengunyah makanan. Apatah lagi kalau anda mengunyahnya dengan penuh tertib. Lelaki akan melihat anda sebagai seorang perempuan yang sopan

MUKA MERAH SEWAKTU MARAH:
Lelaki suka melihat muka merah padam kekasihnya sewaktu bertengkar. Memang diakui, lelaki pening apabila bertengkar dengan perempuan namun tatkala memandang wajah kekasihnya yang merah padam itu, tercuit hati lelaki apabila melihatnya. Mereka akan berasa seronok malah beranggapan bahawa situasi itu sebagai situasi yang comel

BASAH DITIMPA HUJAN:
Lelaki akan memastikan perempuan yang dicintainya itu tidak basah akibat terkena hujan namun pada masa yang sama, lelaki amat suka melihat perempuan yang dicintainya itu dalam keadaan basah kuyup di dalam hujan. Mungkin kelihatan seksi baginya


 kredit : cik adaazm

itu blog entry yang aku copy. hehehe. sajeee nak buat dosa curi entry orang

salam 

Ladies ka boyish?!

Salam dan hello!

"kau nak jadik ladies ka boyish?"

aku: "ahakkkkk ahakkkkk ahaaaaaaaaaaaakkkkkk"

"serius ah!"

aku: "pompuan!"

"hahaha"

member aku ah tu. tetiba tanya. hekkkk!

tah kenapa dia tanya benda tu. suka suka kut. kalau aku memang ah pompuan. buat apa nak jadik lelaki. ALLAH dah beri jantina kan. so, buat apa tukar. ish ish. yang tukar tu mungkin dua alam ke. tu tak pe. yang hanya satu alam tapi nak tukar ke alam lain. ke pelik. macam tak bersyukur jep. mungkin jugak diorang terlebih gen dalam badan. may be

apa apa pun. aku PEREMPUAN. so?

Perempuan ada macam macam jenis. aku jenis simple. moderate. sederhana. tengah tengah. tak famous. tak jugak tak berapa nak famous

sorry. I'm such a simple girl. tak terlalu gian nak berfashion. aku just pakai apa yang ada. kalau pergi keluar ke apa. aku just pakai T-shirt. pastu tudung. and. kalau nak tahu. aku tak reti sangat nak pakai yang belit belit tu. ala ala HANA TAJIMA. sumpah tak reti. rimas kut. tapi aku tengok orang pakai, cantik je. tapi kalau aku pakai. belit belit belit. last last mati kena belit. siapa pembunuh? aku sendiri

bab make up apatah lagi. kalau nak berfashionista aku tak pandai. nak make up. lagi ah lingkup. kalau nak pergi dinner atau apa apa fangshen ke. aku tempek bedak kompak je. hehe. member member aku pandai make up. tapi aku tak. TAK PANDAI. TAK FAHAM and TAK NAK FAHAM pun

mak aku selalu sangat komen cara pakaian aku. "simple nya"   "carl, bek tukak baju. ada ka pakai baju ni"  selalu sangat telinga aku menerombosi suara merdu itu. tapi aku tak tukar. aku tak kisah. I dont know. Its me. This is me. so, jangan sibuk. huh


may be sebab tu kawan aku tanya. mungkin. hanya dia dan Allah je tau. ke dia saja saja. dah boring sesangat yang teramat. tanya je soalan tu. hehe. apa daa. pasal soklan tu pun nak pelik. tak pelik langsungggggg. aku yang pelik


mungkin jugak sebab aku tak pernah bercouple. wuuuu! COUPLE? I give YAKKKKKKKKK! I hate couple! Again, I dont know. Its me. This is me. so, jangan sibuk huh


ke aku lesbian? euuuwwwww. aku lesbian. gilaa ahhhh orang gilaa tuuuu. huh gila sungguh dia


NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO. I'm not lesbian. I'm pure girl!

apa pun, aku seorang pengawas yang berwibawa (terkeluar taik idung) belum, belum habis lagi. yang tegas. yang bertanggungjawab. dan segala yang terbaik kat pengawas adalah aku. ahahahahahahhahahaha (gila kuasa kut perempuan ni)

tak de ah. aku pengawas yang sangat gilaaaa mencari kesalahan orang. muka bengis nak mampus. suka control kawasan sekolah. kalau dengan aku. jangan harap kau dapat balik barang yang dirampas. dah nama pun dirampas. memang termaktub tak boleh bagi balik (itu aku ah) kalau pengawas lain. boleh je bebaik ngan orang. tetapi aku tidakk. aku ganas, bengis. jangan dekat dengan aku. AKU PENGAWASSSSSSSSS (ke pengganas)


ahak ahak ahaaaaaaaakkk



okay. leklu carl




p/s: tak ada kena mengena pun dengan pengawas. harharhar


asssalamualaikum. renung renung kan dan selamat beramal :D

What is your ambition?

Salam and hi.


okay. aku tahu title aku buat orang rasa nak muntah vanilla. tapi, suka hati aku le nak tarok apa kan. hahahah lawak


what is your ambition?

apa cita cita korang?



soalan ni selalu ditanya masa kita kecik kecik dulu. baru masuk pra sekolah hari pertama, balik rumah terus kena tanya datuk nenek mak bapak. apa cita cita akak/abang/adek ea?


so, korang (termasuk aku)  pun  dengan rasa yakin dan bangga. adek nak jadi doktor. akak nak jadi cikgu. abang nak jadi polis. banyak ah korang punya doktor, cikgu, polis. huh


dulu masa aku kecik, aku nak jadik doktor. tapi kadang kadang nak jadik cikgu. pastu nak jadik model. then nak jadik pramugari. heshhh. pokoknya semua pekerjaan kat dunia aku nak jadik. mpun ko suma cya! (sarawak) 


and now, korang nak tahu aku nak jadi apa. aku nak jadi doktor balik. haha. masa form 1, aku nak jadik enjen niur. tapi macam tak dapat jep. terus tukar. jadi cikgu. sekarang nak jadik doktor. tapi kan. aku tak ambik kelas science side. sebab aku pindah sekolah vokasional matang. so, kat sekolah tu tak ada belajar bio, kimia, fizik. aku ambik add math je. conclusion nya, subjek yang aku belajar sekarang memang tak ada asas dan rasanya macam tak layak untuk memohon pasal perubatan ni. cause, asas nya tak ada. 


tapi tak apa. for your information. kita semua ni adalah seorang doktor. yess! kita doktor kepada diri sendiri. kita sentiasa mengubat menjaga diri kita. and the most important is.. kita dah ubat hati kita. kan kan? tak ada seorang doktor di dunia walaupun sepakar mana pun dia. dia tetap tak boleh ubat hati yang terluka (cehhh, ayat power daa)

anyway, aku tak kisah sangat kalau tak dapat jadi doktor sebenar. tapi kadang kadang kisah jugak. hekkk. kalau aku tak jadi doktor. aku nak jadi apa?


apa?




apa?




apa?




aku pun tak tahu. bak kata Elfira Loy. "saya ni jenis orang tak ada cita cita"
ehh. elfira sayanggg. kite sama tauuu. kite pon tak ada cita cita tetap. tak kisah nak jadik apa. kitee just ikut laluan yang diberi oleh orang yang memberi cara nak lalu jalan tu.hehe


okay. whatever it is.. just be yourself. ehh. ada kena mengena ka? may be




yeah! JUST BE YOURSELFFFFFFFF~








p/s: aku memang suka mencarut malam malam buta.

bye salam.

Lets talk about health care!


Salam and hi  ;)

Today , I am going to speak in English and talk about health care. Hehehe. Sajeee


For me, health is important because when we are healthy, we can enjoy life. To be healthy, we must eat balanced meals. We must eat more vegetables and fresh fruit, and less fast food and processed food. We should limit our intake of sugar and salt. We should also avoid dehydration and cleanse our system by drinking 6-8 glasses of water daily. Is it  true guys?


Besides, sleep might be a simple matter. Yet, there are many people who suffer from all kinds of illnesses because they do not have enough rest. The old saying “early to bed, early to rise” is definitely worth considering. When we are rested, we feel fresh and energetic. We can then concentrate on work effectively ;) .


 All of us should exercise daily. Exercise improves blood circulation and helps to relieve stress. Simple exercises such as going a brisk walk, jogging, cycling and etc will do wonders for our body (ada pulak word etc).  I think having an interesting hobby is also stimulating. It lends meaning to our lives. Hobbies such as fishing, reading and stamp-collecting do not require much money right?. Furthermore, they provide attitude in life. A bright and cheerful outlook helps us to get through life’s problems better.


That is all from me. Eheheh. Our health is in our hands! So treasure it


macam essay BI pun ada -,-


...and...

sorry kalau ing-ge-lish education aku kurang memuaskan


BYE SALAM.

21 November 2011

Malaysiaaaa menanggg!!

Assalamualaikum!



alhamdulillah. akhirnya. menang jugak malaysia menentang indonesia malam tadi. fuhhh. lega. aku yang tengok kat rumah pun dok terjerit jerit macam orang kenak rasuk puaka. mula mula nak ikut abang and the geng tengok kat luar. memandangkan depa semua lelaki. mak aku tak izinkan. hmmm saba je ah

ahak ahak ahaaaaakkkkk!

awal awal game lagi indonesia dah gol 1-0. ahhhh. masa tu aku dah meraong bagai nak terbalik rumah. takut kalau sampai akhir game masih sama je. hihihi

nasib baik tendangan Badrul masukkk. masyukkk!




 
btw, tahniah harimau mudaaaaaaa!!!!!!!! terus sunyi sepi stadium lepas malaysia menang. hahah. padan muka C(:

Carl's cat

Assalammualaikum



ni kucing family aku hehe. kita layan gamba. tapi gamba2 ni bapak aku yang amek. kalau aku yang snap. fuhhh. tak rupa kucing lagila



dia suka makan rumput

minum susu setiap masa

alololololol sweet nya

tidur

aku malas nak taip. so, aku letak pic je. kbye. salam

Simple

Assalammualaikum


tadi aku anta msg kat member aku. bagitau dia. aku dah siap buat blog baru ni. nanti tengok tengok ah. hehehe

tak sampai sejam. dia siap call pulak ni.

"ehhhh beb. asal blog kau simple nak mampus ah? dah la bungo bungo cinta tumboh mekar je kat blog kau kan. hahahaha"

"hmmm. engko ni same jek macam abg aku. suke hati aiii lohhh"

"hahahaha. lantak engko la"

"eheheh"

"nape tak tempek shoutmix? kosong je"

"malas nak copy paste laa"

"menyesal aku call, buang kredit aku je. k bye"

siapa suruh calling calling. orang suruh tengok je :D




btw, aku lebih suka simple dari overdoss macam blog masa lampau. penuh dengan accessories. nak loading pun berejam jam. 




salam

Carl's

Assalammualaikum

"Carl, asal blog kau flower2 tuh. nyampah aku nengok. macam semak je. kaler merah pulak tu. jiwang siot kau!"

"sesuke hati akuler. blog aku. bukan engko. sesekali nak romantis. ape salahnye cek abang oii"

"romantis taik idong kau. takpenah aku dengooooo dari liang lahad engko pun pasal romantis2 ni?"

"ehhh. lame tak makan sup kaki engko ni kan. banyak pulak komen die"

"hahahaha"


suka hati aku lah abang oiiiiii. engko nyebok asal. blog aku ape. aku buat dengan penuh keikhlasan dan ketulusan hati ini. (ayat power)

bye. salam

For the first time

Assalammualaikum and hi :)


this is my first posting untuk second blog. blog pertama kira dah deactive gitu. dah dibuang dalam sampah gamaknya. hoho. terlalu banyak kenangan pahit dan perit di sana. so, kira out. tanak share kenangan bodoh dengan rakyat sedunia. kat blog ni, aku saja tanak carik follower. for what? cause aku rasa follower tu macam.... macam diorang saja saja nak jadik follower then suroh orang follow balik. apa jadah nya?

so, aku tanak buat benda yang tak tahu kejadah nya. jadik aku tanak follower. aku remove sebaik sahaja create blog berwarna mehah ini. nanti takpayah susoh susoh carik button follower. konon nak follow. takyah. you just read what i've wrote. betoi ka english aku tuh? hahaha. maluuu kalu salah =_=

that is all from me. i hope you all jangan buat onar di dalam second blog ini (ke aku sendiri yang akan membuat onar). jangan okay! (dengan muka seliyes nak mampus)


bye. salam alaika ;)