24 November 2011

Perangai perempuan yang disukai lelaki (Part 2)

Salam dan hello!

PEREMPUAN BERTUDUNG:
Lelaki memang mengidamkan seorang perempuan yang mempunyai ciri-ciri wanita timur dan penuh tertib. Kadang-kadang ada segelintir lelaki yang lebih menyukai perempuan bertudung berbanding perempuan ‘freehair’. Mungkin, hati sejuk memandang perempuan bertudung ini. Sungguh ayu! 

PEREMPUAN BERAMBUT PANJANG:
Ada sesetengah lelaki yang terpikat dengan perempuan berambut panjang – ikal mayang mengurai. Saya rasa ramai yang suka melihat perempuan berambut hitam dan panjang. Kelihatan begitu klasik dan cantik. Namun, ada juga yang menyukai perempuan berambut pendek. Tapi, rambut panjang mengurai lebih menarik dan menjadi pilihan ramai lelaki di luar sana

WAJAH SELEPAS BANGUN TIDUR:
Agak pelik dan aneh namun memang benar, lelaki suka melihat wajah kekasih mereka selepas bangun tidur. Kata mereka, kekasih kelihatan begitu cantik tanpa sebarang ‘make-up’ selepas bangun tidur. Sebenarnya, wajah selepas bangun tidur merupakan wajah sebenar seseorang perempuan. Kelihatan begitu ‘natural’

MENGUAP:
HAHA jangan terkejut kalau si lelaki menyukai si perempuan dan memandang si perempuan tanpa jemu sewaktu si perempuan menguap. Tapi bukan menguap dengan mulut ternganga besar ye. Kaum lelaki memang suka melihat perempuan menguap dengan manja sambil menutup mulutnya. Mungkin kelihatan comel di mata lelaki.  Ditambah pula dengan wajah yang agak letih, menampakkan lagi kecomelan si perempuan

BAJU BABY-T:
Lelaki akan terpegun melihat kekasih yang mengenakan baju ‘baby-T’. Walaupun baju tersebut kelihatan sendat dan mungkin seksi namun ternyata lelaki memang seronok dan gembira melihat kekasih berpakaian sedemikian

LELAKI SUKA MENDENGAR PEREMPUAN MERENGEK:
Manja! Itulah perkataan yang sesuai digambarkan apabila si perempuan merengek. Tapi jangan keterlaluan, nanti si lelaki akan berasa jemu dan meluat mendengar rengekan anda

BAU BADAN PEREMPUAN:
Percaya atau tidak, perempuan mempunyai bau badan yang tersendiri dan bau tersebut sememangnya disukai lelaki. Malah, ‘perfume’ yang dipakai perempuan sejak tiga hari yang lepas akan tetap menjadi igauan si lelaki. Lelaki akan merindui bau dan haruman si perempuan dan mungkin sampai termimpi-mimpi

AIR MATA:
Air mata merupakan senjata paling berkesan untuk ‘menumpaskan’ ego lelaki. Tapi awas, ada sesetengah lelaki yang benci melihat perempuan menangis. Jadi jangan terlalu kerap menangis, nanti takut ditinggalkan lelaki

JELINGAN:
Jelingan dan merajuk memang tidak dapat dipisahkan. Lelaki akan terpikat tatkala melihat jelingan manja bercampur marah. Tapi, jangan pula merajuk setiap masa. Boleh bikin pening kepala si lelaki

kredit : cik adaazm


okay. cukup lah aku copy paste entry orang. huhhh. sungguh aku rasa sangat berdosa dan bersalah. akak, saya ambik artikel akak tau. jangan marah

kbye. salam :)

No comments:

Post a Comment