24 November 2011

Perangai perempuan yang disukai lelaki (Part 1)

Salam and hi

Kaum perempuan mempunyai senjata yang mampu menarik perhatian si lelaki. Percaya atau tidak, terdapat beberapa gelagat atau perkara yang mungkin difikirkan buruk dan ganjil bagi perempuan namun hakikatnya, perkara tersebut sememangnya disukai lelaki 
 
LELAKI SUKA PEREMPUAN YANG BERBAJU KURUNG:
Mungkin perempuan di luar sana beranggapan bahawa lelaki akan mudah terpikat dan cair dengan mereka apabila mereka berpakaian seksi dan mengghairahkan. Namun, siapa sangka, kaum lelaki lebih suka melihat perempuan yang berbaju kurung dan kelihatan sopan di mata. Tidak perlu mengenakan skirt pendek atau baju seksi yang mendedahkan bahagian dada kerana lelaki akan memilih perempuan yang tahu menjaga adab dan maruah untuk dijadikan sebagai calon isteri. Namun, ada juga segelintir kaum lelaki yang menyukai perempuan seksi. Bergantung kepada cita rasa sendiri

LELAKI SUKA PEREMPUAN MANJA:
Semua sudah sedia maklum bahawa lelaki lebih menyukai perempuan yang bersifat manja dan sedikit kebudak-budakan. Tapi, lelaki mudah menjadi rimas dan menyampah melihat perempuan yang sengaja menjadi manja di hadapan lelaki. Dalam erti kata lain, cubalah menjadi manja secara semula jadi dan tidak perlu manja keterlaluan kerana lelaki mungkin akan meluat melihat perangai anda yang ‘over’

PEREMPUAN DAN BAJU SENDAT:
Percaya atau tidak, kaum perempuan yang gemar mengenakan kemeja longgar bersama jean kelihatan begitu mengiurkan. Siapa cakap lelaki hanya akan terpikat dengan perempuan yang berpakaian sendat sahaja? Salah. Sebenarnya perempuan yang memakai kemeja kelihatan cukup seksi di mata lelaki. Jadi, jangan sangka sekiranya anda memakai kemeja putih, lelaki tidak akan terpikat dengan anda. Baju yang longgar dan dipadankan dengan ‘skinny’ jean sememangnya kelihatan cukup seksi

TANGAN, JARI DAN KUKU:
Lelaki suka melihat jari perempuan yang runcing. Bertuah sungguh bagi sesiapa yang mempunyai jari yang runcing (jari DA gemuk!). Sebenarnya, kaum perempuan hanya perlu berada dalam keadaan ‘natural’. Senang cerita, perempuan tidak perlu menggunakan pengilat atau pewarna kuku untuk menarik perhatian kaum lelaki. Hal ini kerana, warna semula jadi kuku yang kemerah-merahan dan kemas sentiasa berjaya menarik minat lelaki. Besar kemungkinan, lelaki terasa seperti mahu menggenggam tangan anda tatkala melihat jari dan kuku yang cantik.

LELAKI SUKA MELIHAT BETIS PEREMPUAN:
Maksud DA, kaum perempuan tidak perlu menunjukkan betis mereka dengan berpakaian singkat semata-mata ingin memancing minat lelaki. Ada ketika kaum perempuan terpaksa menunjukkan bentuk betis seperti sewaktu ingin meredah hujan atau sewaktu ingin menyarung kasut. Lelaki mudah terpikat dengan bentuk betis yang menawan. Jadi, tidak perlu mengenakan skirt sendat dan singkat kerana lelaki mungkin akan menumpukan perhatiannya terhadap betis anda sewaktu anda berbual dengannya

GELAK DAN KETAWA PEREMPUAN:
Ketawa perempuan memang diakui mampu membuatkan lelaki terpesona dan terpikat. Cukup sekadar ketawa manja sewaktu si lelaki membuat lawak. Percayalah, si lelaki akan berasa bahagia mendengar ketawa manja anda itu

LELAKI SUKA PEREMPUAN YANG BERSIFAT KEIBUAN:
Lelaki akan mencari calon isteri yang mempunyai sifat keibuan. Hal ini kerana perempuan jenis ini sememangnya terbukti dapat menjadi ibu yang baik kepada anak-anaknya. Oleh itu, jangan pelik sekiranya si lelaki memandang anda dengan penuh makna sewaktu anda melayan perangai kanak-kanak kecil

CUBITAN PEREMPUAN:
Lelaki suka apabila dia bergurau dan berjaya membuatkan anda ketawa mendengar lawaknya itu. Malah, lelaki akan lebih tertarik sewaktu anda mencubit manja tatkala mendengar lawaknya. Walaupun sakit gara-gara cubitan anda itu namun lelaki memang suka menerima cubitan itu

LELAKI SUKA MELIHAT PEREMPUAN MAKAN:
Jangan malu dan segan sekiranya si lelaki memandang anda dengan penuh makna sewaktu anda mengunyah makanan. Apatah lagi kalau anda mengunyahnya dengan penuh tertib. Lelaki akan melihat anda sebagai seorang perempuan yang sopan

MUKA MERAH SEWAKTU MARAH:
Lelaki suka melihat muka merah padam kekasihnya sewaktu bertengkar. Memang diakui, lelaki pening apabila bertengkar dengan perempuan namun tatkala memandang wajah kekasihnya yang merah padam itu, tercuit hati lelaki apabila melihatnya. Mereka akan berasa seronok malah beranggapan bahawa situasi itu sebagai situasi yang comel

BASAH DITIMPA HUJAN:
Lelaki akan memastikan perempuan yang dicintainya itu tidak basah akibat terkena hujan namun pada masa yang sama, lelaki amat suka melihat perempuan yang dicintainya itu dalam keadaan basah kuyup di dalam hujan. Mungkin kelihatan seksi baginya


 kredit : cik adaazm

itu blog entry yang aku copy. hehehe. sajeee nak buat dosa curi entry orang

salam 

No comments:

Post a Comment